Saturday 28 May 2011

UMNO AMBIL KESEMPATAN.

UMNO gesa Kuin tarik balik keputusan

ALOR SETAR -Biro Pendidikan UMNO Negeri Kedah kesal dengan sikap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung keputusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang menggantung pengajian lima penuntut dan seorang lagi didenda serta diberi amaran berikutan terbabit dalam demonstrasi membantah pengambilalihan bangunan Tahfiz untuk dijadikan Sekolah Insan Bestari.

Pengerusinya, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, tindakan terbabit disifatkan sebagai menindas penuntut apabila Kerajaan Negeri merestui tindakan tatatertib itu tanpa budi bicara.

Menurutnya, keputusan Kuin yang disokong oleh Azizan selaku Pengerusi Kuin untuk mengambil tindakan ke atas penuntut terbabit sehingga seorang daripadanya digantung pengajian selama dua semester, disifatkan sebagai keterlaluan.

“Ini menidakkan sama sekali kebebasan bersuara dan demokrasi yang kononnya diperjuangkan Pas sebelum ini,” katanya.

Berikutan itu, Biro Pendidikan mendesak Azizan mengarahkan Kuin menarik semula tindakan tatatertib itu dan membenarkan semua penuntut terbabit mengikuti pengajian semula seperti biasa.

Friday 27 May 2011

PESTA MEMPELAM KEDAH 2011


MAJLIS PERASMIAN PESTA MEMPELAM KEDAH 2011 BERTEMPAT DI DATARAN CHE DET MALL PEKAN RABU.




OBJEKTIF
1.Mempopularkan mempelam kedah dikalangan orang ramai sebagai salah satu buahan utama yang dihasilkan di negeri Kedah.
2.Meningkatkan nilai tambah dengan cara mempelbagaikan penggunaan buah mempelam.
3.Mempopularkan KOMPLEKS PEKAN RABU sebagai tempat jualan buah pelam.

Wednesday 25 May 2011

PROGRAM BERSAMA MB KEDAH

MB sampaikan geran tanah di Naka 26 Mei


KUALA NERANG - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan turun padang di tapak Pekan Sehari Naka, Padang Terap pada 26 Mei ini untuk memberikan penerangan mengenai perkembangan semasa Kerajaan Negeri kepada masyarakat setempat dan juga menyampaikan geran tanah kepada penduduk.

Program Pemimpin Bersama Rakyat berkenaan adalah majlis keempat yang bakal diadakan dan sebelum ini sudah diadakan di daerah Sik, Bandar Baharu dan Pendang.

Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Abd Ghani Ahmad berkata, pelbagai program diatur dan program berkenaan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

Menurutnya, rakyat khususnya di daerah Padang Terap berpeluang untuk mengetahui maklumat terkini mengenai isu semasa daripada Azizan sendiri.

Katanya, jamuan kenduri rakyat turut diadakan bagi meraikan kira-kira 3,000 penduduk yang bakal hadir ke majlis berkenaan.

“Program ini adalah yang dirancang di bawah Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan dalam usaha untuk mendekatkan pemimpin negeri dengan rakyat.

“Pemimpin dan wakil rakyat terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen dari PR juga akan melawat 20 kampung di tiga mukim iaitu mukim Pedu, mukim Tekai Kanan dan mukim Tekai Kiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Abd Ghani berkata, Azizan juga akan meluang masa untuk melawat kawasan projek tanaman mangga dan nangka mastura di daerah ini.

Menurutnya, peluang berkenaan harus digunakan sebaik mungkin oleh masyarakat di daerah Padang Terap untuk bertemu dengan semua pemimpin-pemimpin PR dari seluruh negeri ini.

PERASMIAN MARKAS BARU PAS CAWANGAN



MARKAS BARU PAS AKAN DIRASMIKAN PADA 10HB JUN 2011, TAHNIAH KEPADA PAS CAWANGAN KAMPUNG BERJAYA,

Monday 23 May 2011

AKTIVITI BULAN MEI

PROGRAM ZIARAH BERSAMA PEMUDA KAWASAN ALOR SETAR






TAHNIAH BUAT YB DAN PEMUDA KAWASAN KERANA BERJAYA DENGAN KERJA BAIK TUAN-TUAN.