Monday 13 June 2011

SUMBANGAN KAFALAH DUN BAKAR BATA

SERAMAI 20 ORANG TELAH MENERIMA SUMBANGAN KAFALAH DI DUN BAKAR BATA YANG DISAMPAIKAN OLE YB DR ISMAIL SALLEH PADA 12.6.2011 (AHAD) DI PEJABAT PKWR TAMAN WIRA MERGONG.




KEARAH MEMPELOPORI NEGARA BERKEBAJIKAN. TAHNIAH DARI WARGA ALOR SETAR UTK YB DR. ISMAIL.

Sunday 5 June 2011

SAYA GEMBIRA DENGAN KABINET PILIHANRAYA. :HADI.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan barisan kepimpinan baru termasuk sayap-sayap parti yang dipilih dalam muktamar PAS kali ini adalah kabinet pilihan raya.

NONEKatanya, barisan kepimpinan ini dianggotai barisan pemimpin yang dipilih yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional dan pemimpin masyarakat.

"Saya bergembira dan ahli-ahli bergembira (dengan keputusan ini). Muktamar semakin hari semakin meriah. Ini menunjukkan kematangan ahli-ahli kita.

"Ahli-ahli memilih saf di hadapan untuk pilihan raya. Dengan sebab itu kabinet saya kali ini adalah kabinet pilihan raya," katanya.

Katanya, barisan yang terbaru khususnya bagi jawatan timbalan dan naib yang dianggotai daripada bukan Ulama, adalah bukan satu perkara yang baru.

Jelasnya, dalam kepimpinan baru ini dianggotai lapan tokoh yang dikategorikan sebagai ulama, dua pemimpin bertaraf doktor dan beberapa pemimpin profesional dan pemimpin masyarakat.

"Kita memimpin secara kolektif bukan secara individu," katanya.

Pelbagai latar
NONEAbdul Hadi mengulas barisan kepimpinan baru yang dianggotai dari pelbagai latar belakang bagi mengemudi parti dalam berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.

Dalam pemilihan PAS Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden baru meraih 420 undi dengan mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya Nasharudin Mat Isa.

Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok mendapat 224 Undi manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memperolehi 399 Undi.

Manakala bagi jawatan naib presiden pula ia dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu - Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Salahudin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi sementara exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 660 Undi.

Ibarat tukar perabot rumah
Bercakap dalam sidang media di muktamar PAS di Gombak hari ini, Abdul Hadi menafikan barisan kepimpinan baru parti itu dipengaruhi mana-mana individu, termasuk ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak terikat dengan individu tertentu. Kita kerja bersama-sama.... Bukan pemimpin yang membuat perubahan, perwakilan yang membuat perubahan.

"Strategi kita berubah, tetapi dasar, matlamat dan acuan kita tidak berubah," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Menjawab soalan, Abdul Hadi berkata PAS tidak bersikap diktator dalam urusan pemilihan kepimpinan parti sebaliknya PAS mengamalkan "demokrasi tulen" antaranya dalam kempen yang bersih tanpa budaya fitnah.

"Ini satu perkembangan yang baik dan matang dari perwakilan. Perubahan dalam pucuk pimpinan (parti) perkara biasa. Bila kita hadapi musim baru, maka ada perabot rumah yang kita alih.

"Bila kita alih perabut rumah, orang bunyi bising, orang kata kita bergaduh. Kita tidak bergaduh, kita usung perabot sahaja," katanya.

Ditanya sama ada bukan ulama boleh menjadi presiden parti, Abdul Hadi berkata perlembagaan parti tidak menghalangnya berbuat demikian.

"PAS adalah parti terbuka, tidak eksklusif untuk satu-satu kelompok (sahaja)," celah naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang turut hadir dalam sidang media itu.

Saturday 4 June 2011

PAS BOLEH BEKERJASAMA BUKAN BERPAKAT

KUALA LUMPUR, 3 Jun: PAS sedia bekerjasama dengan Umno untuk hal-hal tertentu tetapi sama sekali tidak akan berpakat dengan parti nasionalis itu.

"Dengan Umno, kerjasama boleh tetapi untuk pakat tak ada. Bincang untuk pilihan raya adil dan lebih demokratik, kita bersedia," kata Abdul Hadi dalam sidang medianya tengahari tadi.

Abdul Hadi berkata, pelbagai kerjasama yang telah PAS buat dengan Umno termasuk dalam isu nukleur, Palestine dan juga berusaha sama-sama untuk menghadapi masalah ekonomi melalui Majlis Perunding Ekonomi Negara (Mapen).

Beliau menjawab soalan wartawan ekoran sikap Umno yang terus-terusan mengajak PAS bersama dengannya.

Untuk menjawab sikap Umno yang terus-terusan membuat kenyataan meminta PAS meninggalkan Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata, "Itu kena tanya Umno, kenapa tawar PAS sampai begitu sekali, susah sangat ke hingga tawar PAS."

Dalam sidang media yang disertai oleh timbalannya, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali itu, Abdul Hadi mengucapkan terima kasih kepada semua petugas muktamar yang telah memastikan muktamar berjalan dengan baik.

"Terima kasih khasnnya ditujukan kepada Jawatankuasa Pemilih pimpinan Datuk Halim yang telah berjaya menjalankan tugas dengan baik dan berjalan lancar," katanya.

Pemilihan peringkat pusat berjalan hari ini manakala keputusannya akan dimaklumkan pagi esok.

Abdul Hadi juga berpuashati dengan kerjasama yang baik antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Saya turun ke bawah, ke negeri-negeri dan kawasan, saya lihat kerjasama yang baik di kalangan petugas kita dari pelbagai parti  Pakatan, kaum dan agama," kata beliau.


Beliau mengaku, PAS, PKR dan DAP boleh berbeza idealogi, agama dan pendekatan "tetapi kita boleh kerjasama dalam titik persamamaan."

Ketiga-tiga parti juga mencapai kata sepakat dalam perkara asas iaitu menerima Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu.

"Masalah yang berbeza agama itu hak masing-masing dan tidak perlu kita perbetulkan," katanya.
Negara berkebajikan dan negara Islam
Ketika ditanya tentang isu negara berkebajikan yang menjadi tema muktamar kali ini berbanding negara Islam, Abdul Hadi menjelaskan PAS sekarang mementingkan isinya.

"Tema kita negara berkebajikan, ia sememangnya dah ada dalam Islam.  Dalam al Quran tak sebut negara Islam, dia sebut negara kebajikan, jadi kita laksanakan iaitu kita dahulukan yang ada persamaan," kata Abdul Hadi.

Beliau mengaku antara parti-parti ini ada beza antara satu sama lain.

"Kita berikan hak mereka yang benarkan minum arak tetapi kita tidaklah turut sama minum arak dengan mereka sebagaimana sesetengah pihak," katanya.

Berhubung dengan perbezaan latar belakang pemimpin dalam PAS pula, Abdul Hadi berkata, ia wujud sejak awal PAS lagi jadi tidak berbangkit soal PAS berpecah.

"Perpecahan dalam PAS tidak berlaku kerana wujudnya kumpulan ini sejak ditubuhkan lagi, Dr Haji Abas adalah Yang Dipertua PAS, Aminudin Baki dan juga Datuk Asri Muda semuanya bukan ulamak namun PAS kukuh kerana kepimpinannya secara kolektif untuk laksakan Islam yang luas bukan fahaman barat yang sempit," jelas Abdul Hadi.

TAK RASMI : MAT SABU MENANG TIMBALAN.



TAK RASMI: Mat Sabu menang Timb Presiden PAS; Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa menang Naib Presiden PAS."

Berita ini juga digambarkan oleh twitter positif dari Saifudin Nasution!


Menunggu keputusan rasmi pagi esok!

Apa yang pasti, jika ini keputusan yang dibuat oleh perwakilan PAS 2011, ia menunjukkan satu kematangan dalam Parti PAS yang wajar dihargai oleh seluruh pencinta perjuangan Islam !! Ini juga satu tamparan hebat buat UMNO yang masih terkial-kial mengharapkan talian hayat terakhir untuk mereka masih bernyawa.

Akhirnya pejuang 'legend' kita, Mat Sabu telah diangkat oleh perwakilan yang melihat segala pengorbanan dan kecekalan beliau selama ini harus diambil kira dengan sebuah kepercayaan - membawa PAS ke medan pertempuran terpenting dalam sejarah!!

Ini mungkin saja round terakhir pertembungan antara rakyat dan kerajaan, tetapi juga satu permulaan yang besar buat sebuah pergerakkan perjuangan menegakkan syariat Islam. Hadirnya Mat Sabu sebagai pemimpin nombor dua PAS, dibantu oleh gandingan naib presiden yang mantap (Saladin, Mahfuz dan Husam) pastinya menimbulkan gentar buat lawan yang bersenjatakan kezaliman!!

PAS semakin gagah dengan gandingan ulama dan profesional/aktivis rakyat!! UMNO bakal dilanyak habis-habisan dalam PRU akan datang!! Sokongan orang melayu Islam dan bukan muslim juga akan berganda dengan keputusan sebegini!!

Aku merafak kesyukuran ke hadrat Ilahi...

Takbir!!
Allahuakhbar!!!